Monday, April 18, 2011

Masalah Saya Yang Saya Tidak Ceritakan Kepada Ibu Bapa

Kamu mungkin mempunyai masalah peribadi yang kamu tidak dapat kongsi sama dengan ibu bapa kamu. Cuba ceritakan apakah masalah peribadi yang kamu hadapi itu. Kemudian, ceritakan kepada siapa kamu selalu meluahkan masalah kamu itu dan bagaimana caranya kamu menyelesaikannya.

Masalah peribadi saya ialah, setiap hari, kawan saya telah mengejek saya semasa saya mahu membeli makanan.Saya berasa sangat marah.Saya lalu tidak mendengar kata-kata mereka.Perangai mereka sangat membencikan org lain.Saya tidak mahu memberitahu kepada ibu bapa saya kerana saya tidak mahu mengecewakan mereka.Kadang-kadang,mereka dimarahi oleh guru-guru.Selepas sekolah,mereka akan pergi ke suatu tempat untuk menghisap rokok.Saya terkejut melihat perbuatan mereka itu.Kawan saya yang namanya,Zazirah memberitahu saya supaya jangan  memberitahu perkara ini kepada org lain dan dia juga menanyakan kepada saya jika saya hendak cuba menghisap rokok.Saya berkata kepada dia yang saya tidak mahu menghisap rokok.Saya fikir-fikir mahu memberitahu ibu bapa saya tetapi saya kurang pasti.Tetapi tidak mengapa,saya akan memberitahu kepada ibu bapa saya dan guru saya perkara ini.

No comments:

Post a Comment